Friday, September 29, 2006

Sepuluh Silap Utama Dalam Perkahwinan

Dipetik dari akhbar BERITA HARIAN. Hanya ingin berkongsi..

Silap Siapa

1) Kurang rasa hormat
- Usah bercerita atau mengaibkan pasangan sendiri kepada teman-teman, Ucapkan terima kasih kepada pasangan. Mereka perlu tahu yang diri mereka dihargai.

2)Tidak mendengar kata pasangan
- Ini termasuk membiarkan fikiran menerawang atau menberikan tumpuan pada televison atau computer, kuat menyampuk dan tidak membaca pergerakan tubuh pasangan.

3)Kurang keintiman seksual
- Ini disifatkan sebagai antara perkara yang bileh mencetuskan keretakan rumah tangga. Usah biarkan pasangan bertanya-tanya mengapa anda tidak berminat menjalin hubungan intim. Dapatkah nasihat perubatan dan kaunseling jika perlu.

4)Sentiasa ingin menang
- Ini termasuk menleteri pasangan atau ingin sentiasa menang. Sekali sekala akui kesilapan sendiri. Hanya segelintir orang sahaja mampu mencintai mereka yang sentiasa ingin menang

5)Kata tidak dikota
- Jika anda berjanji ingin melakukannya, pastikan anda melakukannya. Jika anda berjanji tidak alan melakukannya, bukitkan kata-kata anda itu

6) Usikan menyinggung perasaan
- Jika pasangan berkata usikannya menyinggung perasaan ambil perhatian. Dakwaan kononnya pasangan anda tidak ada unsur humor agar kurang sensitif dan tidak bertimbang rasa

7)Tiada kejujuran
- Berbohong dan menyimpan rahsia dalam perhubungan boleh meluaskan jarak antara pasangan kerana tiada lagi kepercayaan.

8)Usah mencetuskan radang
- Ini termasuk tidak mengambil kira soal kebersihan diri, sentiasa lewat atau kerap mencari kesalahan pasangan.

9)Tamak dan pentingkan diri- Tidak berfikir panjang untuk berbelanja khusus untuk diri sendiri. Enggan mengundang tetamu semata-mata kerana anda inginkan kedamaian. Tidak memonton filem yang pasangan inginkan

10)Cepat naik angin
- Setiap pasangan perlu menangani konflik dengan cara yang membina. Naik berang semata-mata kerana ingin memenangi pergeseran hanya akan membuat diri anda kecundang

1 Comments:

Blogger afro said...

alam perkahwinan dan bujang mmg amat berlainan. bagus juga tip kamu ni. :)

6:23 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home